Monday, 31 October 2016

TABAHNYA MEREKA DEMI MENUNTUT ILMU


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

      Entri kali ini saya ingin berkongsi berita menarik yang disiarkan oleh sinar harian online mengenai perjalanan ke sekolah yang paling menakutkan di dunia. Berita ini merupakan kisah benar yang berlaku di kampung Atuler daerah Sichuan, China. Kisah ini menjadi viral di media sosial selepas media kerajaan China iaitu Beijing News mendedahkan perkara ini kepada umum. 

           Kanak -kanak dari kampung Atuler ini sanggup memanjat tangga yang diperbuat daripada akar pokok semata-mata untuk pergi ke sekolah yang berada di puncak gunung. Jalan ini turut digunakan oleh penduduk kampung untuk menjual hasil-hasil pertanian mereka. Tangga yang digunakan berukuran 800 meter panjang. Jalan ini sangat berbahaya kerana jika tersilap langkah, maka nyawa akan menjadi taruhannya. Sebelum ini terdapat kes yang dilaporkan mengenai penduduk dan murid maut akibat terjatuh daripada tangga berkenaan. 

       Walaupun perjalanan untuk ke sekolah agak memenatkan dan berbahaya tetapi mereka tiada pilihan lain kerana jalan ini merupakan satu-satunya jalan perhubungan yang ada. Sungguh cekal dan tabah kanak-kanak ini mengaharungi rintangan demi menimba ilmu. Saya berasa sungguh kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Semangat kanak-kanak ini untuk menuntut wajar dicontohi oleh semua. 

          Kisah yang dipaparkan ini memberi banyak pengajaran kepada kita semua. Sebagai pelajar kita seharusnya berasa bersyukur dengan kemudahan yang dimiliki iaitu tempat belajar yang selesa dan selamat. Kita perlu manfaatkan kemudahan ini dan lebih bersemangat untuk menuntut ilmu. Selain itu, kita tidak seharusnya mempunyai sikap malas untuk belajar. Hal ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu dan mengamalkannya. 

       Menuntut ilmu merupakan ibadah. Allah SWT akan mengangkat darjat dan kedudukan orang yang menuntut ilmu dan Allah akan permudahkan jalan menuju syurga orang yang menuntut ilmu. Menuntut ilmu ini juga merupakan jihad melawan kebodohan. Ilmu ini seperti cahaya yang menerangi hidup dan sebagai petunjuk manakala kebodohan adalah kegelapan dan kesesatan. Oleh hal demikian, kita perlu berusaha untuk menuntut ilmu dan tidak pernah berhenti serta putus asa untuk belajar.  



Gambar menunjukkan kanak-kanak memanjat tebing curam untuk pergi ke sekolah 

Belajarlah daripada negara Matahari Terbit

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Jepun yang dikenali sebagai negara matahari terbit ini sangat di kenali oleh kebanyakkan masyarakat di dunia. Hal ini demikian kerana, Jepun sangat terkenal dengan kehebatan mereka dalam dunia penciptaan, budaya dan juga bahasa. Apabila berbicara tentang bahasa apatah lagi jika dikaitkan dengan negara matahari terbit ini, anda pasti sudah sedia maklum bahawa negara ini amat memartabatkan bahasa mereka. Meraka tidak pernah gentar jika dipandang rendah jika tidak mampu menggunakan bahasa Inggeris contohnya sebagai bahasa global. Mengapa mereka bersikap sedemikian? Kerana, mereka yakin, walaupun mereka tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan sempurna, namun orang luar ataupun orang asing pasti akan mempelajari bahasa mereka. Tujuan orang asing sanggup mempelajari bahasa Jepun kerana atas dasar faktor perniagaan, ilmu pengetahuan dan juga minat mereka dalam mengkaji budaya masyarakat Jepun. Sama ada budaya dalam aktivti kehidupan seharian, festival yang diraikan dan juga ketika belajar ataupun bekerja. Orang luar ataupun orang asing juga sudah sedia maklum dengan semangat kebangsaan masyrakat Jepun dalam memartabatkan bahasa dan juga budaya mereka. Oleh itu, kita sebagai masyarakat berbangsa Melayu dan juga warga Malaysia sepatutnya mempunyai semangat seperti orang Jepun, iaitu memartabatkan bahasa sendiri sehingga bahasa Melayu ini tersebar di seluruh dunia.


Ilmu ,Mutu dan Budi

Ilmu sangat berkait rapat dengan mutu dan juga budi. Semua ini, tidak bernilai jika salah satu daripadanya tiada. Teringat saya akan lagu Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu berkenaan dengan Ilmu Mutu dan Budi iaitu bagaimana lagu tersebut menggambarkan bahawa perkaitan antara ilmu, mutu dan seterusnya kepada budi dan ketiga-tiga inilah sebenarnya yang menggambarkan harga diri seseorang. Apabila seseorang mempunyai ilmu yang bermutu, maka hendaklah seseorang itu berbudi dengan menabur segala ilmu yang dia miliki untuk dikongsi kepada masyarakat. Hal ini adalah kerana seseorang itu datang dari masyarakat dan kembali kepada masyarakat.Ilmu yang bermutu mampu melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelektual dan juga rohani.



Dinukilkan oleh : Siti Asma' pada 11:37PM

Sunday, 30 October 2016

Ilmu Hikmah Pembuka Rezeki

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

"Rezeki, Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu.."

1. Ilmu Bersedekah:
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita. Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.

2. Ilmu Berdoa:
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja. Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

3. Ilmu Solat Sunat Dhuha:
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.


Ilmu Sebagai Pelindung (T-Baton)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semua tahu apa itu T-Baton? T-baton merupakan satu alat yang banyak digunakan oleh petugas  menjaga keamanan seperti pegawai keselamatan dan polis. Baton atau kayu ini boleh dipanjangkan dan dipendekkan. Untuk memanjangkan baton ini cukup hayunkan baton ke arah pelaku kejahatan atau ke kawasan kosong. T-baton adalah senjata tumpul yang mempunyai beberapa bahagian dan ia akan digunakan bagi menggantikan cota.

Penggunaan t-baton untuk menyerang musuh didapati hanya mendatangkan kecederaan paling minimum ke atas pesalah. Selain itu ia adalah untuk mengurangkan penggunaan senjata api. Petugas keamanan hanya perlu mengetahui fungsi dan cara menggunakannya dengan betul tanpa mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri. Penggunaan t-baton dalam sebarang tangkapan untuk melawan penjenayah juga dilihat mampu mengurangkan kecederaan yang berlaku kepada penjenayah itu sekali gus mengurangkan kadar risiko ke atas penggunaan senjata api seperti pistol. Sebagai latihan awal, kesemua peserta perlu mempelajari alat ini, monadock sebagai asas latihan di mana terdapat tiga kawasan yang dilabel untuk membuat serangan melalui warna, merah, hijau dan kuning. Namun pengguna t-baton kebiasaannya mempunyai sijil khas perlu memiliki pemikiran yang waras dan rasional tanpa dikuasai emosi supaya fungsi t-baton dapat diaplikasikan secara berhemah dalam apa jua situasi.

Hasil carian imej untuk t baton

TIPS KECANTIKAN DENGAN BERWUDUK



Beruntungnya kita di lahirkan sebagai seorang yang beragama ISLAM, paling kurang CUCI MUKA 5KALI sehari sebab orang islam solat 5 waktu sehari. Bila berwudhuk, air kena betul-betul sampai ke kulit. Segala make up walau kita beli harga BERJUTA-JUTA YEN pun tetap kena REMOVE betul-betul, jangan  rasa sayangnya MEKAP aku MAHAL. Bila berwudhuk bersih-bersih, air wudhuk yang ada di muka JANGAN DILAP. Biarkan kering sendiri. Ini adalah salah satu PENYERI WAJAH SEBENAR. Tak payah nak pakai SUSUK bagai.  Sebab itu kalau kita lihat orang yang jaga solat, alim ulama MUKA BERCAHAYA walau tanpa MEKAP.

KEBAIKAN BERWUDUK:

1) Sebahagian daripada iman
2) Wuduk yang sempurna penghapus dosa
3) Wuduk mengangkat darjat manusia
4) Wuduk dapat membuka pintu ke Syurga
5) Wuduk memberi cahaya di Akhirat
6) Wuduk dapat membuka ikatan Syaitan

Penyakit SLE (penyakit kulit)

Penyakit SLE (penyakit kulit)

SLE adalah salah satu penyakit di bawah kategori autoimmune disorder. Penyakit SLE disebabkan adanya antibodi tertentu di dalam tubuh pesakit yg tidak dapat membezakan antara tisu pesakit & antigen. Apa yg berlaku, antibodi ini telah terkeliru dan sepatutnya spesifik antibodi ni "memusnahkan" antigen tersebut tetapi ia telah memusnahkan connective tisu dlm tubuh pesakit. Penghasilan antibodi tersebut berterusan dlm tubuh pesakit. Contoh bagi autoimmune diseasesinclude systemic lupus erythematosus, Sjogren syndrome, Hashimoto thyroiditis, rheumatoid arthritis, juvenile (type 1) diabetes, polymyositis, scleroderma, Addisondisease, vitiligo, pernicious anemia, glomerulonephritis, and pulmonary fibrosis. Doktor biasanya akan memberi ubat-ubat immunosuppressive seperti steroid dan dalam kes2 "flare" termasuk rawatan kemoterapi utk reduce aktiviti autoimmune pesakit.      
                
Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.) Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:
istemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun. Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung. Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil“drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.