Monday, 31 October 2016

Belajarlah daripada negara Matahari Terbit

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Jepun yang dikenali sebagai negara matahari terbit ini sangat di kenali oleh kebanyakkan masyarakat di dunia. Hal ini demikian kerana, Jepun sangat terkenal dengan kehebatan mereka dalam dunia penciptaan, budaya dan juga bahasa. Apabila berbicara tentang bahasa apatah lagi jika dikaitkan dengan negara matahari terbit ini, anda pasti sudah sedia maklum bahawa negara ini amat memartabatkan bahasa mereka. Meraka tidak pernah gentar jika dipandang rendah jika tidak mampu menggunakan bahasa Inggeris contohnya sebagai bahasa global. Mengapa mereka bersikap sedemikian? Kerana, mereka yakin, walaupun mereka tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan sempurna, namun orang luar ataupun orang asing pasti akan mempelajari bahasa mereka. Tujuan orang asing sanggup mempelajari bahasa Jepun kerana atas dasar faktor perniagaan, ilmu pengetahuan dan juga minat mereka dalam mengkaji budaya masyarakat Jepun. Sama ada budaya dalam aktivti kehidupan seharian, festival yang diraikan dan juga ketika belajar ataupun bekerja. Orang luar ataupun orang asing juga sudah sedia maklum dengan semangat kebangsaan masyrakat Jepun dalam memartabatkan bahasa dan juga budaya mereka. Oleh itu, kita sebagai masyarakat berbangsa Melayu dan juga warga Malaysia sepatutnya mempunyai semangat seperti orang Jepun, iaitu memartabatkan bahasa sendiri sehingga bahasa Melayu ini tersebar di seluruh dunia.


No comments:

Post a Comment