Assalamualaikum &
Salam Sejahtera
"Rezeki, Allah
yang pegang.
Minta dengan Dia
dulu.."
1.
Ilmu Bersedekah:
Ramai yang tidak tahu
bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada
si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud
sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
2.
Ilmu Berdoa:
Selepas berusaha
melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi
doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa
dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala
permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita
cepat atau lambat sahaja. Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon
keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari
rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan
berkat.
3.
Ilmu Solat Sunat Dhuha:
Solat ini sering
diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat
sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat
yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu,
InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet
rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah
kita.
No comments:
Post a Comment