PENGERTIAN ILMU MENURUT ISLAM
Secara umum : Ilmu ialah pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah tertentu.
Bahasa : merupakan perkataan arab iaitu ‘alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.
Istilah : segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang daripada ALLAH swt yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.
AYAT AL-QURAN MENGENAI ILMU
Allah mengangkat martabat orang berilmu serta diletakkan ditempat yang tinggi. Allah telah menerangkan melalui firmanNya :
“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan” Surah al mujahadah:11
ANTARA HADITH YANG MENEKANKAN KEWAJIPAN AGAR UMAT ISLAM UNTUK MENUNTUT ILMU :
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
- “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”
- “Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat islam”
RUJUKAN :
http://asyrafmuda.blogspot.my/2012/09/pengertian-ilmu-dalam-islam.html
No comments:
Post a Comment