"Emak, kalau kita belajar rajin-rajin, banyak ilmu yang kita dapat. Mesti kita boleh jadi apa yang kita mahukan. Betul tak mak?"
"Tapikan emak, ilmu tu apa sebenarnya?"
Keletah anak kecil berumur 5 tahun. Pertanyaan yang dia berikan kepada sang ibu itu merupakan satu proses untuk mendaptkan ilmu apabila jawapannya dikeluarkan.
Ia menjadi satu titik awalan untuk kanak-kanak itu berfikir dan terus berfikir kerana pada umur kanak-kanak ini ada sifat ingin tahu dalam diri mereka.
Jangan mempersekatkan peluang mereka untuk menimba ilmu.
Jangan herdik mereka sekiranya mereka banyak bertanya.
Jangan tinggalkan persoalan tanpa ada jawapan.
Kerana ini semua merupakan satu awalan perlumbaan mereka untuk mengejar ilmu.
Biar mereka meneroka, dunia mereka sendiri untuk menambahkan ilmu mereka.
Biar mereka cipta rakan sendiri untuk mereka memperluaskan ilmu mereka.
Kerana ini semua akan melahirkan insan kelas pertama.
Usah disuapkan kanak-kanak ini dengan segala 'racun' dunia , sehingga menyekat ilmu kreatif mereka untuk membina sesuatu yang lebih bernilai.
No comments:
Post a Comment